Monday, May 23, 2011

Untuk Perhatian Hati...

Tatkala rasa cinta muncul dalam hati percayalh wahai hati bahawa cinta itu benar-benar ada..
Tatkala muncul perasaan sayang dalam hati percayalah wahai hati bahawa sayang itu benar-benar wujud...
Tatkala kita merasa sesuatu yang lain dalam hati percayalah wahai hati sudah tiba masanya kita bercinta....
(sumber dari insan penting dalam hidupku)

Bila akan aku rasa perasaan sebegini. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku meronta untuk merasai semua ini. Namun bukan mudah mencari Cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang berlandaskan kasih sayang suci dan jujur bukan hanya kerana nafsu dunia dan keseronokkan yang pura-pura. Ramai yang merasai cinta tapi adakah cinta mereka cinta yang pasti?
Anda sendiri yang mampu untuk menjawab dan meneka nya..

Aku pernah merasa Cinta seperti yang ku impikan ini. Namun kita hanya mampu merancang dan menjalani hidup tetapi segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa..Jangan dikenang cerita yang dah lama berlalu..teruskan hidup seperti seorang yang baru. Yang mampu aku harapkan setiap cinta yang pernah aku alami menjadi kenangan yang kukuh dan tetap terpahat dalam jiwa ini.....

Nadia Hana Bt Mohd Hashbollah:)

No comments: