Thursday, May 26, 2011

Memulakan satu langkah kehadapan...

Jangan pernah menoleh...
Menoleh hanya seketika untuk mengimbau balik kesilapan..
Dan jangan ditoleh lagi..
Mengubah dan terus kehadapan..
Itulah yang patut dilakukan bukan hanya aku tapi juga korang semua..
Ya adalah sukar untuk menerima kegagalan,kesilapan, kekusutan atas tindakan diri sendiri..
Namun sebagai manusia yang lemah itu hanyalah satu perkara NORMAL..
Setiap kegagalan didatangi dengan kejayaan yang manis..
Ya tidaklah mudah untuk menggapai sebuah kejayaan..
Namun bukanlah satu yang mustahil...
Jadi kepada sesiapa yang pernah melalui kegagalan dalam kehidupan..
Bangunlah dan kuatkan semangat...
Kerana dengan ada usaha,semangat dan doa...
Segalanya tidak akan menjadi mustahil untuk digenggam..

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Wednesday, May 25, 2011

Sedarkah kita ISLAM?

Hatiku terpanggil untuk mencoret perkara ini di dada blogku..
Entah mengapa aku melakukan perkara ini
Yang pastii ini adalah kerana aku seorang ISLAM..
Adakah aku paham akan ISLAM yang sebenar?
Jujurnya aku masih mencari-cari..
Aku bukanlah insan ISLAM yang sempurna..
Namun aku cuba mengubah nya setiap kali aku mampu..

Mari kita singkap semula apa yang kita telah belajar di sekolah rendah mahupun di tadika..
RUKUN IMAN
Perkara asas ini yang semakin hari semakin dilupakan..
Samada secara sengaja atau tidak...
Ia tetap dianggap sengaja pada diriku...
Kerana manusia lebih suka mengingat perkara-perkara remeh dan keduniaan..
Aku tidak terkecuali dari keadaan ini..
Okey mari kita mulakan ya..

RUKUN IMAN...

1) Percaya kepada malaikat
Percaya bahawa malaikat itu dijadikan dari NUR dan sentiasa akur akan perintah ALLAH S.W.T, tidak pernah mengingkari segala suruhan NYA..
2) Percaya kepada kitab-kitab
Percaya bahawa segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T mengandungi perintah
dan suruhanNYA kepada nabi muhammad s.a.w yang harus diikuti oleh umat manusia.
3) Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya bahawa mereka ini dikirimkan oleh ALLAH S.W.T sebagai pembimbing umat
manusia ke jalan yang benar dan menyampaikan segala suruhanNYA.
4) Percaya kepada hari kiamat
Percaya bahawa satu hari nanti dunia ini akan hancur binasa dan segala mahkluk bernyawa
pasti akan mati.Kemudian manusia akan dihidupkan semula untuk melalui hari perhitungan
5) Percaya qada dan qadar
Percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh NYA sejak azali lagi.

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Thank You Ya Allah....

Alhamdulilah..
Aku lulus dengan cara ku sendiri..
walaupun aku tak dapat memikat dan mengoda DEKAN..
Namun ini lah kehidupan, tiada apa yang mudah kan..
Mungkin usaha aku masih belum mencukupi..
Cukup tapi tak secukup rasa seperti masakan mama yang sentiasa enak itu:)
Aku akan belajar seperti yang selalu..
Bagiku usaha sahaja tidak mencukupi..
Amalan sunah ku pun masih perlu dilengkapkan lagi..
Apa apa pun...
Wahai rakan-rakan yang telah melihat RESULT anda...
Bersyukurlah kerana kita hanya mampu menuntut ilmu dan menelaah..
Segalanya ditentukan oleh DIA..
Next semester...cuba sedaya anda yee rakan-rakan..
There is no loser when u try not to be one..
sooo keep up your hard work and be a person that satisfied with what you get..
Alhamdulilah is the best words...
Amin is the next step.....
Ayuh kita ke semester 5..
:)

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Monday, May 23, 2011

Untuk Perhatian Hati...

Tatkala rasa cinta muncul dalam hati percayalh wahai hati bahawa cinta itu benar-benar ada..
Tatkala muncul perasaan sayang dalam hati percayalah wahai hati bahawa sayang itu benar-benar wujud...
Tatkala kita merasa sesuatu yang lain dalam hati percayalah wahai hati sudah tiba masanya kita bercinta....
(sumber dari insan penting dalam hidupku)

Bila akan aku rasa perasaan sebegini. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku meronta untuk merasai semua ini. Namun bukan mudah mencari Cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang berlandaskan kasih sayang suci dan jujur bukan hanya kerana nafsu dunia dan keseronokkan yang pura-pura. Ramai yang merasai cinta tapi adakah cinta mereka cinta yang pasti?
Anda sendiri yang mampu untuk menjawab dan meneka nya..

Aku pernah merasa Cinta seperti yang ku impikan ini. Namun kita hanya mampu merancang dan menjalani hidup tetapi segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa..Jangan dikenang cerita yang dah lama berlalu..teruskan hidup seperti seorang yang baru. Yang mampu aku harapkan setiap cinta yang pernah aku alami menjadi kenangan yang kukuh dan tetap terpahat dalam jiwa ini.....

Nadia Hana Bt Mohd Hashbollah:)