Monday, October 17, 2011

Selamanya...

wahai cinta..
Jujurnya perasaan ini sempurna bagiku..
Aku tersenyum setiap hari dengan adanya dirimu..
Hidup ku semakin lengkap..
Hanya Kamu :)

Yang sengal
Nadia Hana bt Mohd Hashbollah

Saturday, October 8, 2011

Alhamdulilah :)


HIP2 HOORAY!!!
Akhirnya segala apa yang telah disumbat dalam otak ini telah berjaya dikeluarkan..
Antara betul atau salah segalanya akan terjawab nanti..
Tak nak tahu kan..huhu
Apa-apa pun i will know be the bibiq of the year for my mum :)
Aka boleh ler blajar untuk jadi suri rumah tangga akan datang..
Entah bila kan..
Last but not least

Hey Cute Boi..
I love you :)

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH

Sunday, October 2, 2011

Perasaan...



i wait for you no matter what happen

-nadia hana bt mohd hashbollah-
a girl that fall for u :)

Thursday, September 22, 2011

1st luv:)



Setiap orang percaya wujudnya cinta yang pertama. Iya cinta pertama kepada Allah Yang Maha Esa sebagai hamba Nya. Cinta pertama ku pada Abah dan Mama. Cinta pertama ku pada Kakak2 dan Adik2 ku. Insan ini juga Cinta pertama ku yang ku harap Cinta terakhir ku. Bukan mudah memiliki Cinta. Apatah lagi Cinta pertama yang hilang dan muncul kembali. Mungkin seperti cerita dongeng. Tapi inilah kebenaran cerita Cinta ku. Ada yang kata Cinta ini mainan hidup, Ada yang kata Cinta ini suatu kehendak dan menjadi keperluan pada masa akan datang. Cinta pada ku adalah satu perasaan yang bukan lahir kerana nafsu dunia tapi disulam dari keikhlasan jiwa. Cinta bukan mainan dunia tapi Cinta selamanya.

Mohd Azehar Bin Mohd Zuki. Seorang lelaki yang berjaya mencuri hati dan senyuman ku ini. Bukan aku minta untuk terus mencintai dirinya tapi ini semua kehendak Nya. Segala jodoh itu bukan di tangan ku. Seumur hidup ku, aku mencari makna cinta sebenar. Namun setiap kali aku gagal temui nya. Tapi bila pada hari pertama aku kenali insan ini. Aku mula sedar cinta itu iklas dan jujur. Aku masih ingat kali pertama perkenalan kami. Biarlah ia jadi kisah kami sahaja yee..hehe..
Yang penting aku bersyukur dia masih ada di sisi ku hingga sekarang. Dalam suka dan duka hidupku, dia tetap setia di sisi ku. Aku bertuah ada seorang insan yang sudi mendidik dan membimbing ku.

Kalau nak kata angau, entah lah. Mungkin jugak, mungkin tak. Tapi normal lah kalau orang bercinta tak angau walau sikit pun. Itu makna nya tak ada feeling kan.hehe..
Aku cuma rindu pada dia. Walaupun jarang bertemu tapi itu yang manis dalam hubungan kami. Jujurnya bila aku dengan dia, aku menjadi diri aku yang sebenar. Aku tak perlu bermadah-madah atau berpura-pura seperti wanita melayu terakhir. Aku bebas menjadi diriku.

I'm in Love. My old time lover has come back for me. I'm lucky to be that girl. Ever since i noe you, my smile never ends. Every second of my life i wait to hear your voice so that i knew you are save and happy. Thank you for being my friend, my hero and my lover. I will always love you as much as i love myself. You're the beat of my songs, the smile of my tears and the cheer of happiness..

I Love You
Sincerely
Nadia Hana Bt Mohd Hashbollah

p/s: I noe u're reading this..huhu..

Sunday, June 26, 2011

Hanya masa....

Bila kita berbicara tentang cinta, ada yang tersenyum dan ada juga yang membenci..
Bila kita bercerita tentang jodoh..masing-masing hanya mampu berserah...

Kisah cinta aku sama seperti insan lain..
Aku hanya wanita biasa yang punya keinginan untuk memiliki dan dimiliki..
Namun segala nya hanya dapat aku redahi tanpa pasti..
Kami saling mencinta...
Kami saling menjaga dan memahami...
Tapi aku perlu berkongsi...
Mampu kah aku melakukan nya..
Mampu kah hubungan ini berterusan...
Hanya DIA yang lebih mengetahui..

Perlu kah aku mendiamkan diri dan menjalani hidup seperti biasa..
Mungkinkah hubungan yang dibina lama ini hanyalah untuk sementara..
Sanggupkah aku melihat dirinya bahagia dengan wanita lain...
Di depan nya aku berlagak seperti normal...
Tapi jauh dalam hati kecil ku...
Aku meronta-ronta ingin menjerit..
Aku gembira bila berdua dengan nya..
Bila mengetahui yang kami hanya berdua..
Namun bila tiba ada yang menjelma..
Aku jadi cemburu..
Kerana aku tahu dia lebih berhak ketas diri insan tersebut..

Aku harus kuat terima kenyataan ini..
Mungkin telah tersurat ini takdir diriku..
Ini jalan hidupku..
Ini jodohku..
Ya Allah...
Kuatkanlah hatiku..
Berilah aku kekuatan hadapi semua ini..
Jadikan lah aku insan yang sabar..
Berikan lah pengajaran yang bernilai dalam hubungan kami ini..
Moga-moga ia kekal hingga akhir hayat

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Wednesday, June 22, 2011

Thursday, May 26, 2011

Memulakan satu langkah kehadapan...

Jangan pernah menoleh...
Menoleh hanya seketika untuk mengimbau balik kesilapan..
Dan jangan ditoleh lagi..
Mengubah dan terus kehadapan..
Itulah yang patut dilakukan bukan hanya aku tapi juga korang semua..
Ya adalah sukar untuk menerima kegagalan,kesilapan, kekusutan atas tindakan diri sendiri..
Namun sebagai manusia yang lemah itu hanyalah satu perkara NORMAL..
Setiap kegagalan didatangi dengan kejayaan yang manis..
Ya tidaklah mudah untuk menggapai sebuah kejayaan..
Namun bukanlah satu yang mustahil...
Jadi kepada sesiapa yang pernah melalui kegagalan dalam kehidupan..
Bangunlah dan kuatkan semangat...
Kerana dengan ada usaha,semangat dan doa...
Segalanya tidak akan menjadi mustahil untuk digenggam..

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Wednesday, May 25, 2011

Sedarkah kita ISLAM?

Hatiku terpanggil untuk mencoret perkara ini di dada blogku..
Entah mengapa aku melakukan perkara ini
Yang pastii ini adalah kerana aku seorang ISLAM..
Adakah aku paham akan ISLAM yang sebenar?
Jujurnya aku masih mencari-cari..
Aku bukanlah insan ISLAM yang sempurna..
Namun aku cuba mengubah nya setiap kali aku mampu..

Mari kita singkap semula apa yang kita telah belajar di sekolah rendah mahupun di tadika..
RUKUN IMAN
Perkara asas ini yang semakin hari semakin dilupakan..
Samada secara sengaja atau tidak...
Ia tetap dianggap sengaja pada diriku...
Kerana manusia lebih suka mengingat perkara-perkara remeh dan keduniaan..
Aku tidak terkecuali dari keadaan ini..
Okey mari kita mulakan ya..

RUKUN IMAN...

1) Percaya kepada malaikat
Percaya bahawa malaikat itu dijadikan dari NUR dan sentiasa akur akan perintah ALLAH S.W.T, tidak pernah mengingkari segala suruhan NYA..
2) Percaya kepada kitab-kitab
Percaya bahawa segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T mengandungi perintah
dan suruhanNYA kepada nabi muhammad s.a.w yang harus diikuti oleh umat manusia.
3) Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya bahawa mereka ini dikirimkan oleh ALLAH S.W.T sebagai pembimbing umat
manusia ke jalan yang benar dan menyampaikan segala suruhanNYA.
4) Percaya kepada hari kiamat
Percaya bahawa satu hari nanti dunia ini akan hancur binasa dan segala mahkluk bernyawa
pasti akan mati.Kemudian manusia akan dihidupkan semula untuk melalui hari perhitungan
5) Percaya qada dan qadar
Percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh NYA sejak azali lagi.

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Thank You Ya Allah....

Alhamdulilah..
Aku lulus dengan cara ku sendiri..
walaupun aku tak dapat memikat dan mengoda DEKAN..
Namun ini lah kehidupan, tiada apa yang mudah kan..
Mungkin usaha aku masih belum mencukupi..
Cukup tapi tak secukup rasa seperti masakan mama yang sentiasa enak itu:)
Aku akan belajar seperti yang selalu..
Bagiku usaha sahaja tidak mencukupi..
Amalan sunah ku pun masih perlu dilengkapkan lagi..
Apa apa pun...
Wahai rakan-rakan yang telah melihat RESULT anda...
Bersyukurlah kerana kita hanya mampu menuntut ilmu dan menelaah..
Segalanya ditentukan oleh DIA..
Next semester...cuba sedaya anda yee rakan-rakan..
There is no loser when u try not to be one..
sooo keep up your hard work and be a person that satisfied with what you get..
Alhamdulilah is the best words...
Amin is the next step.....
Ayuh kita ke semester 5..
:)

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Monday, May 23, 2011

Untuk Perhatian Hati...

Tatkala rasa cinta muncul dalam hati percayalh wahai hati bahawa cinta itu benar-benar ada..
Tatkala muncul perasaan sayang dalam hati percayalah wahai hati bahawa sayang itu benar-benar wujud...
Tatkala kita merasa sesuatu yang lain dalam hati percayalah wahai hati sudah tiba masanya kita bercinta....
(sumber dari insan penting dalam hidupku)

Bila akan aku rasa perasaan sebegini. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku meronta untuk merasai semua ini. Namun bukan mudah mencari Cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang berlandaskan kasih sayang suci dan jujur bukan hanya kerana nafsu dunia dan keseronokkan yang pura-pura. Ramai yang merasai cinta tapi adakah cinta mereka cinta yang pasti?
Anda sendiri yang mampu untuk menjawab dan meneka nya..

Aku pernah merasa Cinta seperti yang ku impikan ini. Namun kita hanya mampu merancang dan menjalani hidup tetapi segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa..Jangan dikenang cerita yang dah lama berlalu..teruskan hidup seperti seorang yang baru. Yang mampu aku harapkan setiap cinta yang pernah aku alami menjadi kenangan yang kukuh dan tetap terpahat dalam jiwa ini.....

Nadia Hana Bt Mohd Hashbollah:)

Thursday, March 24, 2011

Padah Tidak Bersenam,,,


Pada hari Rabu, bersamaan 23/3/2011...

Semuanya berlaku sekelip mata..Apa yang terjadi dirancang..Tanpa sengaja tapi semuanya berakhir dengan dipenuhi peluh,sunburn,kulit tan,sengal2 badan dan kesakitan kaki akibat kesilapan pemilihan kasut....hahahaha..Ape kejadah yang aku cuba nak cerita ini. Hah lu pikir lah sendiri..hahaha..Yang penting ECO HUNT are the best activity for physical cure..Ini lah akibat kalau 'terlalu' rajin untuk jog..hahaha..

Nadia2..ini peringatan n pengajaran yeee..kamu tue dah semakin membesar dr hari ke hari.. samapi de umat yang aku syg amat2 tue siap de nama manja n penuh perli lg untuk hang..'BB' sengallllll...heh..nasib ler..syg..untung ler ada yg syg..hahaha..

Pape pon aku byk merapu dah nieh..Terima kasih yeee Farish Ahmad dan Khairul Izzuan kerana menunggu kami yang berlari penuh kesopanan ini..dan kepada my bff..Iffi Athirah terima kasih kerana memimpin saya di saat saya terlalu perlukan tgn n backup..hehehe..and to Syarifatul Azhma..there u could do it..thats the spirit..hehhee.Kami adalah TEAM SEKARANG.. and we unite..no matter what happen that day..tiada yang bengang sesama kami..Walaupun ada accident yg menguris hati namun adat lah masing2 nak menang kan..
Lastly Congrats to ACC student cause manage to be the top 3..And to the Eco Department.. this activity is done smoothly..Kepada Team Insurans..semangat korang sgt2 dihargai..chayukkkk..

Yang t'chumil
nadia hana

Thursday, March 10, 2011

Lawatan Bersejarah,,,


Hey semua..cm ne yee nak dimulakan cerita ini..kalo tgk pada tajuk mcm cerita tentang bnde2 rasmi je kan..hehehe..dok ehhhh..nie cerita cereka jer..not dat official oraite..hehehe..
Nak dimulakan cerita..Pada satu hari yang serba terik dan angin sepoi2 bahasa..Ada lah umat nieh dalam keserabutan dan kesengalan akibat tidak dapat pulang ke desa terchinta.. Dia dengan tekad mengambil keputusan untuk beriadah..hahaha.. Dengan ditemani kawan baiknye dunia dan akhirat aka Iffi, classmate dan juga teman selevel yang sentiasa menahan kesengalan aku nieh aka Yana dan si junior ku yang melayan kerenah senior die ni yang x berapa nak cukup umur aka Piqah.. Mereka semua lah yang menjadi manusia yang menemani lawatan bersejarah aku nieh. Si iffi sebagai pemandu..yana sebagai tour guide and the one and only si shopholic piqah..hahaha..

Pada mula nya kami bajet nak redah je pergi mana pon tapi pada malam yang dingin sebelum lawatan..aku mendapat inspirasi untuk ke Muzium kapal..Nak dibuat cerita bukan aku x pernah berniat untuk pergi sebelum ni tapi..setiap kali aku nak pergi..ada je yang menjadi batu penghalang..contohnye..sign board "tutup untuk renovation"..dan lain2 lagi..hehehe..tapi kali ini akue nekad dan tekad untuk pergi..ape ku kisah..hahaha
nasib lah niat aku ini disetuju oleh pemandu pelancong kita aka iffi n disokong oleh tour guide n shopholic..

Esoknye mula lah ekspedisi kami menuju ke tempat bersejarah.. hehehe.. Kami mulakan perjalanan ke mp untuk parking kereta..yang dibeli semalam..hahaha..dalam mimpi..
Dan dari situ bermula pulak perjalanan menggunakan anugerah ALLAH iaitu kaki..hahaha
seronok weyhhhhh...dari mp ke muzium kapal ke apa ntah yg kat atas bukit tu bukit staduys kowt..ontah..hahaha..sy org soban xtw de..huhuh..

seriusly eventhough mmg penat yg amat2 tapi jujurnye seronok kowt..hehehee.. dengan budak bertiga yang sengal..hahaha..tour yang fun smpi akue rasa nk bwt lagi kowt..
lupa plak adegan seronok kat bowling waktu kteorg pakat xnk beli stokin..tibe2 kuar plak kat board marks tue.." pliss wear stokin to continue your game"..tu ditambah dengan warna merah nye..perghhhhh malu siottt..hahaha.. nasib lah sebelah awek..kalo mamat howt ke..xke merah muka kteorg..huuh..nasib2..tue ler..kdekut lg rm2.50..hahhaha

pape pon its fun...fun and sooooooo fun....thanx korang sume..(muka gatal)..huhu..


















Wednesday, February 2, 2011

He's The Man..





Okey it seems like i in loveeeeeee..

with whommmm..

whosss the unlucky n adorable guy..wht?!

hahahaa..

i'm totally crazy over you man..uhhuhuh..

hurm sooo dont let this people waiting..

who is heeeeee...

hurmmmmmmmm???

tadaaaaaa....

ENRIQUE IGLESIAS


Monday, January 3, 2011

Rindu teman dan si diaaaa...ouhhh tidak


Betul apa yang orang kata kita tak akan sedar betapa kita perlukan seseorang itu hingga kita kehilangan dia. Sama lah macam aku..baru aku sedar pentingnya kawan seperti wan dan yati. Heh tuhan je lebih tahu betapa aku rindu mereka berdua. Aku rasa satu kelas pon mesti ada terasa. Wan leader yang bgus amat. Tiada siapa yang berkaliber n tahu apa yang dia perlukan dalam hidup mcm wan. Semalam dah jelas dan nyata yang bila lec ekonomi suruh buka projector. Non of the boys come forward. They act like xtw pape.And guys this is not first sem Okie!!!
Tapi siapalah aku untuk menilai dan marah2 orang lain. Nak cakap dieorg x reti masing2 ban kmputer power je..Facebook all day long..Game sehari suntuk.Soo sangat terasa kosong disitu okie. But kita mampu merancang semuanya ketentuan yang esa. Aku harap keadaan kelas akan jadi lebih better next time. Hopefully everyone would act professional and do their task the way they should be..

And yati..setiap kali duk kat level ni..terasa
mcm suara yati n her presence still here. Entah knapa kehilangan yati ke segamat buat aku terasa sgt. Setiap cerita hidup ku ada pada yati. Dia paham apa yang setiap org alami.Hati dia yang lembut dan baik buat orang tersntuh. Apa lah dalam pkiran Faizal bila yati dh xde dalam kelas. Nampak kurang cahaya gembira kat muka faizal tapi aku masih dlm kelu. Pape pon yati sentiasa ada pada aku.

Ya Allah...Law n economics and finance..ouhhh tidak..membaca fully adopt okey this sem.sape yang tak gemar membaca mula lah elok2 k..Killer subject this sem. I dont if i could past this sem.. Aku masih ragu2 sejak sem lepas pointer akue jatuh truk..Aku down sbenarnye tp bwt apa nk tnjuk..X bwk pape faedah pon..sooo better aku focus untuk this sem..
Wish me luck..hehehe..pape pon juni
or havoc pulak..lebih2 dow..dh xde beza junior n senior..
like always aku dtg utk belajar..abiz study bye2 lendu n welcome back seremban..sooo bwt pape pon yeee...adiouzzz..
-NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH-