Wednesday, May 25, 2011

Sedarkah kita ISLAM?

Hatiku terpanggil untuk mencoret perkara ini di dada blogku..
Entah mengapa aku melakukan perkara ini
Yang pastii ini adalah kerana aku seorang ISLAM..
Adakah aku paham akan ISLAM yang sebenar?
Jujurnya aku masih mencari-cari..
Aku bukanlah insan ISLAM yang sempurna..
Namun aku cuba mengubah nya setiap kali aku mampu..

Mari kita singkap semula apa yang kita telah belajar di sekolah rendah mahupun di tadika..
RUKUN IMAN
Perkara asas ini yang semakin hari semakin dilupakan..
Samada secara sengaja atau tidak...
Ia tetap dianggap sengaja pada diriku...
Kerana manusia lebih suka mengingat perkara-perkara remeh dan keduniaan..
Aku tidak terkecuali dari keadaan ini..
Okey mari kita mulakan ya..

RUKUN IMAN...

1) Percaya kepada malaikat
Percaya bahawa malaikat itu dijadikan dari NUR dan sentiasa akur akan perintah ALLAH S.W.T, tidak pernah mengingkari segala suruhan NYA..
2) Percaya kepada kitab-kitab
Percaya bahawa segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T mengandungi perintah
dan suruhanNYA kepada nabi muhammad s.a.w yang harus diikuti oleh umat manusia.
3) Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya bahawa mereka ini dikirimkan oleh ALLAH S.W.T sebagai pembimbing umat
manusia ke jalan yang benar dan menyampaikan segala suruhanNYA.
4) Percaya kepada hari kiamat
Percaya bahawa satu hari nanti dunia ini akan hancur binasa dan segala mahkluk bernyawa
pasti akan mati.Kemudian manusia akan dihidupkan semula untuk melalui hari perhitungan
5) Percaya qada dan qadar
Percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh NYA sejak azali lagi.

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

No comments: