Wednesday, June 22, 2011

Thursday, May 26, 2011

Memulakan satu langkah kehadapan...

Jangan pernah menoleh...
Menoleh hanya seketika untuk mengimbau balik kesilapan..
Dan jangan ditoleh lagi..
Mengubah dan terus kehadapan..
Itulah yang patut dilakukan bukan hanya aku tapi juga korang semua..
Ya adalah sukar untuk menerima kegagalan,kesilapan, kekusutan atas tindakan diri sendiri..
Namun sebagai manusia yang lemah itu hanyalah satu perkara NORMAL..
Setiap kegagalan didatangi dengan kejayaan yang manis..
Ya tidaklah mudah untuk menggapai sebuah kejayaan..
Namun bukanlah satu yang mustahil...
Jadi kepada sesiapa yang pernah melalui kegagalan dalam kehidupan..
Bangunlah dan kuatkan semangat...
Kerana dengan ada usaha,semangat dan doa...
Segalanya tidak akan menjadi mustahil untuk digenggam..

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Wednesday, May 25, 2011

Sedarkah kita ISLAM?

Hatiku terpanggil untuk mencoret perkara ini di dada blogku..
Entah mengapa aku melakukan perkara ini
Yang pastii ini adalah kerana aku seorang ISLAM..
Adakah aku paham akan ISLAM yang sebenar?
Jujurnya aku masih mencari-cari..
Aku bukanlah insan ISLAM yang sempurna..
Namun aku cuba mengubah nya setiap kali aku mampu..

Mari kita singkap semula apa yang kita telah belajar di sekolah rendah mahupun di tadika..
RUKUN IMAN
Perkara asas ini yang semakin hari semakin dilupakan..
Samada secara sengaja atau tidak...
Ia tetap dianggap sengaja pada diriku...
Kerana manusia lebih suka mengingat perkara-perkara remeh dan keduniaan..
Aku tidak terkecuali dari keadaan ini..
Okey mari kita mulakan ya..

RUKUN IMAN...

1) Percaya kepada malaikat
Percaya bahawa malaikat itu dijadikan dari NUR dan sentiasa akur akan perintah ALLAH S.W.T, tidak pernah mengingkari segala suruhan NYA..
2) Percaya kepada kitab-kitab
Percaya bahawa segala kitab yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T mengandungi perintah
dan suruhanNYA kepada nabi muhammad s.a.w yang harus diikuti oleh umat manusia.
3) Percaya kepada nabi dan rasul
Percaya bahawa mereka ini dikirimkan oleh ALLAH S.W.T sebagai pembimbing umat
manusia ke jalan yang benar dan menyampaikan segala suruhanNYA.
4) Percaya kepada hari kiamat
Percaya bahawa satu hari nanti dunia ini akan hancur binasa dan segala mahkluk bernyawa
pasti akan mati.Kemudian manusia akan dihidupkan semula untuk melalui hari perhitungan
5) Percaya qada dan qadar
Percaya setiap apa yang berlaku telah ditentukan oleh NYA sejak azali lagi.

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Thank You Ya Allah....

Alhamdulilah..
Aku lulus dengan cara ku sendiri..
walaupun aku tak dapat memikat dan mengoda DEKAN..
Namun ini lah kehidupan, tiada apa yang mudah kan..
Mungkin usaha aku masih belum mencukupi..
Cukup tapi tak secukup rasa seperti masakan mama yang sentiasa enak itu:)
Aku akan belajar seperti yang selalu..
Bagiku usaha sahaja tidak mencukupi..
Amalan sunah ku pun masih perlu dilengkapkan lagi..
Apa apa pun...
Wahai rakan-rakan yang telah melihat RESULT anda...
Bersyukurlah kerana kita hanya mampu menuntut ilmu dan menelaah..
Segalanya ditentukan oleh DIA..
Next semester...cuba sedaya anda yee rakan-rakan..
There is no loser when u try not to be one..
sooo keep up your hard work and be a person that satisfied with what you get..
Alhamdulilah is the best words...
Amin is the next step.....
Ayuh kita ke semester 5..
:)

NADIA HANA BT MOHD HASHBOLLAH
-yaha-

Monday, May 23, 2011

Untuk Perhatian Hati...

Tatkala rasa cinta muncul dalam hati percayalh wahai hati bahawa cinta itu benar-benar ada..
Tatkala muncul perasaan sayang dalam hati percayalah wahai hati bahawa sayang itu benar-benar wujud...
Tatkala kita merasa sesuatu yang lain dalam hati percayalah wahai hati sudah tiba masanya kita bercinta....
(sumber dari insan penting dalam hidupku)

Bila akan aku rasa perasaan sebegini. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini hati ku meronta untuk merasai semua ini. Namun bukan mudah mencari Cinta yang benar-benar ikhlas. Cinta yang berlandaskan kasih sayang suci dan jujur bukan hanya kerana nafsu dunia dan keseronokkan yang pura-pura. Ramai yang merasai cinta tapi adakah cinta mereka cinta yang pasti?
Anda sendiri yang mampu untuk menjawab dan meneka nya..

Aku pernah merasa Cinta seperti yang ku impikan ini. Namun kita hanya mampu merancang dan menjalani hidup tetapi segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa..Jangan dikenang cerita yang dah lama berlalu..teruskan hidup seperti seorang yang baru. Yang mampu aku harapkan setiap cinta yang pernah aku alami menjadi kenangan yang kukuh dan tetap terpahat dalam jiwa ini.....

Nadia Hana Bt Mohd Hashbollah:)

Thursday, March 24, 2011

Padah Tidak Bersenam,,,


Pada hari Rabu, bersamaan 23/3/2011...

Semuanya berlaku sekelip mata..Apa yang terjadi dirancang..Tanpa sengaja tapi semuanya berakhir dengan dipenuhi peluh,sunburn,kulit tan,sengal2 badan dan kesakitan kaki akibat kesilapan pemilihan kasut....hahahaha..Ape kejadah yang aku cuba nak cerita ini. Hah lu pikir lah sendiri..hahaha..Yang penting ECO HUNT are the best activity for physical cure..Ini lah akibat kalau 'terlalu' rajin untuk jog..hahaha..

Nadia2..ini peringatan n pengajaran yeee..kamu tue dah semakin membesar dr hari ke hari.. samapi de umat yang aku syg amat2 tue siap de nama manja n penuh perli lg untuk hang..'BB' sengallllll...heh..nasib ler..syg..untung ler ada yg syg..hahaha..

Pape pon aku byk merapu dah nieh..Terima kasih yeee Farish Ahmad dan Khairul Izzuan kerana menunggu kami yang berlari penuh kesopanan ini..dan kepada my bff..Iffi Athirah terima kasih kerana memimpin saya di saat saya terlalu perlukan tgn n backup..hehehe..and to Syarifatul Azhma..there u could do it..thats the spirit..hehhee.Kami adalah TEAM SEKARANG.. and we unite..no matter what happen that day..tiada yang bengang sesama kami..Walaupun ada accident yg menguris hati namun adat lah masing2 nak menang kan..
Lastly Congrats to ACC student cause manage to be the top 3..And to the Eco Department.. this activity is done smoothly..Kepada Team Insurans..semangat korang sgt2 dihargai..chayukkkk..

Yang t'chumil
nadia hana

Thursday, March 10, 2011

Lawatan Bersejarah,,,


Hey semua..cm ne yee nak dimulakan cerita ini..kalo tgk pada tajuk mcm cerita tentang bnde2 rasmi je kan..hehehe..dok ehhhh..nie cerita cereka jer..not dat official oraite..hehehe..
Nak dimulakan cerita..Pada satu hari yang serba terik dan angin sepoi2 bahasa..Ada lah umat nieh dalam keserabutan dan kesengalan akibat tidak dapat pulang ke desa terchinta.. Dia dengan tekad mengambil keputusan untuk beriadah..hahaha.. Dengan ditemani kawan baiknye dunia dan akhirat aka Iffi, classmate dan juga teman selevel yang sentiasa menahan kesengalan aku nieh aka Yana dan si junior ku yang melayan kerenah senior die ni yang x berapa nak cukup umur aka Piqah.. Mereka semua lah yang menjadi manusia yang menemani lawatan bersejarah aku nieh. Si iffi sebagai pemandu..yana sebagai tour guide and the one and only si shopholic piqah..hahaha..

Pada mula nya kami bajet nak redah je pergi mana pon tapi pada malam yang dingin sebelum lawatan..aku mendapat inspirasi untuk ke Muzium kapal..Nak dibuat cerita bukan aku x pernah berniat untuk pergi sebelum ni tapi..setiap kali aku nak pergi..ada je yang menjadi batu penghalang..contohnye..sign board "tutup untuk renovation"..dan lain2 lagi..hehehe..tapi kali ini akue nekad dan tekad untuk pergi..ape ku kisah..hahaha
nasib lah niat aku ini disetuju oleh pemandu pelancong kita aka iffi n disokong oleh tour guide n shopholic..

Esoknye mula lah ekspedisi kami menuju ke tempat bersejarah.. hehehe.. Kami mulakan perjalanan ke mp untuk parking kereta..yang dibeli semalam..hahaha..dalam mimpi..
Dan dari situ bermula pulak perjalanan menggunakan anugerah ALLAH iaitu kaki..hahaha
seronok weyhhhhh...dari mp ke muzium kapal ke apa ntah yg kat atas bukit tu bukit staduys kowt..ontah..hahaha..sy org soban xtw de..huhuh..

seriusly eventhough mmg penat yg amat2 tapi jujurnye seronok kowt..hehehee.. dengan budak bertiga yang sengal..hahaha..tour yang fun smpi akue rasa nk bwt lagi kowt..
lupa plak adegan seronok kat bowling waktu kteorg pakat xnk beli stokin..tibe2 kuar plak kat board marks tue.." pliss wear stokin to continue your game"..tu ditambah dengan warna merah nye..perghhhhh malu siottt..hahaha.. nasib lah sebelah awek..kalo mamat howt ke..xke merah muka kteorg..huuh..nasib2..tue ler..kdekut lg rm2.50..hahhaha

pape pon its fun...fun and sooooooo fun....thanx korang sume..(muka gatal)..huhu..